Thursday 30 August 2012

Susah Senang

Walaupun semangat nak berniaga sentiasa berada di tahap kepuasan saya tapi ada juga anasir anasir yang menggugat, menggoyah, meng.... , meng..., tahap kepuasan itu.

Sangat menghargai  yg memahami keperluan bantuan walau tanpa perlu mengeluarkan kata-kata syahdu....

Terharu sgt!

Happy sgt!

Thank you for sharing the great strategy.
  

suka duka

berurusan dengan organisasi kewangan mmg selalu macam-macam ragam dan cara, dari rasa stress bole bawak kepada gelak ketawa *gaya ckp bunyi da mcm org sewel.

dari hari pertama berurusan dgn pegawai yg mcm2 kehendaknyer; gaya layanan membuatkan saya rasa spt penjenayah namun saya berjaya tunaikan 'ugutan' nyer itu. masuk hari kedua, saya memberanikan diri berurusan dgn org yg atas sedikit dgn harapan kehendak saya dituruti namun saya pulak lagi teruk 'kena' sama itu org atas skit. hhhhmmm..... it's not fair kerana saya da tunaikan permintaannya dan saya pula minta dia tunaikan bhgnnya namun hampeh....

di hari ketiga, saya menyusul ke pejabatnya dengan kos di biayai sendiri, objektif adalah 'reverse phsycology'. Hasilnya sama spt sebelum2 ni walaupun segala permintaan  sudah tunaikan on time hingga mendorong saya lontarkan perkataan ungkitan hak2 saya *dengan cara paling rasional. Takdak emo2 feeling bagai yerrr.....
Rupa-rupanya banyak lagi...sangaaat banyak hokeh.... hidden activity flow yg perlu diselesaikan slps autograph diturunkan....Ya ammpuuunnnn, apa objektifnye yg dr awal disembunyikan segala mcm itu??
Bikin perasaan tertipu itu timbul dipermukaan. Syukur dpt mengawal segala mcm emo dr meletop.

Rasional menguasai segalanya hingga dapat service bertuka tangan menjadikan saya sebagai runner/despatch boy/org suruhan etc yg sewaktu dan org yg kejer pakai tie hanya duduk dlm ofis berhawa dingin. Segala perkara sudah berada ditangan hanya tinggal buka system tekan satu button untuk pengakhiran yg berjaya, namun namuuuun si pemakai tie memberitahu bahawa 'system kami down, server problem tak bole masuk system, kena tgu mgu hadapan' melalui telefon pada jam 5.15ptg hari terakhir bulan itu.

Maksud tersirat disini, saya sebenarnya membantu mereka untuk menjadikan perkara yg 'mustahil' bagi mereka kepada tidak. Mustahil, itu yg mereka ulang2 kan pada hari sebelum dan saya mengambil inisiatif turun padang dgn harapan semuanya bertuka menjadi 'magic'. Tetapi tenaga saya tidak diperlukan rupanya kerana mereka tidak mahu lepaskan perkataan mustahil itu dan tukarkan ia kepada 'magic'.

Pengajaran, pengetahun dan pengalaman.........

Semua ini masih tidak melemahkan saya untuk terusan dlm PB biz ini. Sistem sokongan biz ini sangat kuat aura positifnya. Malahan segala ini menghangatkan lagi bara semangat yg ada.

Sayang semua!

Alhamdulillah~


Monday 27 August 2012

T E R U j a


Bismillahirramanirrahim...

Alhamdulillah, saya percaya dengan berkat doa selama ini membuatkan saya begitu yakin untuk memulakan sesuatu yg baru dalam dunia serba moden skrg nih....

Dengan suntikan2 aura dan pemikiran positif dari sahabat baik, saya dengan bangga mengambil langkah yg sama....memajukan diri! Keluar dari takuk lama, sebagaimana kiasan org dulu2....

Rasa takut tu mmg ada, penipu saja yg menidakkan.....Keterujaan itu lebih besar kuasanya, dpt mengatasi rasa takut yg ada.....Syukran!

Sihat 

Muda

Aktif

Cantik

.....belum terlambat untuk itu semua.

.....Premium Beautiful togetherness.